Wednesday, December 19, 2012

Awas! Di Larang Memakai Helmet Dalam Stesen Minyak!


Jangan pakai topi keledar dalam stesen minyak!. Itu antara mesej yang cuba disampaikan kepada orang ramai melalui Kempen Kesedaran Jenayah Shell pada 15 Disember lalu.


Kempen yang mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dianjurkan oleh pengusaha-pengusaha stesen minyak Shell.

Kempen `Tanggalkan topi keledar di stesen minyak’ itu berlangsung di Stesen Minyak Shell Setia Alam, Shah Alam, Selangor.

Program dihadiri Deputi Superitenden, Azmi Md. Said mewakili Ketua Polis Shah Alam.

Kempen `Tanggalkan topi keledar di stesen minyak’ bertujuan mengawal dan mengurangkan kejadian jenayah keatas stesen minyak.

Turut berlangsung pameran pencegahan jenayah PDRM dan pertunjukan anjing polis oleh Unit K9.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon