Friday, December 29, 2023

Apa Itu Sistem Pangkalan Data Utama PADU? Cara Daftar Dan Kemaskini Maklumat

Apa Itu Sistem Pangkalan Data Utama PADU? Cara Daftar Dan Kemaskini Maklumat

Pangkalan data utama (PADU) mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. PADU merupakan sistem yang diperoleh melalui pengintegrasian data daripada pelbagai sumber yang menggabungkan lebih 200 pangkalan data untuk menyelaras pengumpulan maklumat negara secara berpusat dan bersepadu.

SISTEM PADU

Data sistem PADU dibangunkan merangkumi pangkalan data daripada kementerian dan agensi kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri dan badan berkanun melalui perjanjian perkongsian data sedia ada dan apabila Akta Omnibus diluluskan di Parlimen nanti, ia akan mengambil alih tata kelola perkongsian data sistem berkenaan dan menggantikan perjanjian itu.

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan memastikan agihan subsidi bersasar lebih adil dan meminimumkan kumpulan berisiko tercicir berlaku, kelak akan menjadi satu pangkalan data paling lengkap pihak kerajaan.

Objektif PADU adalah bagi menyediakan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan near real time bagi digitalisasi dan penghasilan analitik tepat, penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data dan membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

Matlamat PADU adalah untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan, mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad, memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat serta merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.

Melalui PADU, perincian data penduduk tidak hanya tertakluk kepada kelas pendapatan tetapi merangkumi aspek jumlah tanggungan, jenis pekerjaan, pemilikan aset, jarak ke lokasi pekerjaan serta komitmen yang dipikul.

Pengelasan ini sekaligus membantu negara lebih memahami kumpulan penduduk yang selayaknya menerima bantuan tanpa mengikut tahap pendapatan mereka semata-mata.

Selain ketersediaan sistem ini, mulai 2024 juga kerajaan akan membentangkan rang undang-undang omnibus untuk membenarkan perkongsian data antara kementerian dan agensi dilaksanakan.

Menerusi langkah itu, ia akan memudahkan pentadbiran tanpa perlu meminda setiap akta yang memberi kuasa kepada kementerian atau agensi.

3 LANGKAH DAFTAR PADU

Terlebih dahulu, sila lawati laman web rasmi PADU; https://padu.gov.my/

Langkah 1: Maklumat Asas

Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada Kad Pengenalan. Isikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan "One-Time Password".

Langkah 2: Pengesahan Akaun

Anda perlu mengisi "One-Time Password" yang diterima melalui e-mel atau SMS. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima "One-Time Password" dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.

Langkah 3: Tetapkan Kata Laluan

Kata laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 8 aksara dengan kombinasi huruf kecil, huruf besar dan simbol istimewa (contoh: b8&H@2aM).

Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses semakan dan pengemaskinian maklumat.

KEBERHASILAN PELAKSANAAN PADU

PADU akan meningkatkan kecekapan pengurusan dengan memudahkan pengumpulan, penyimpanan dan pengurusan data daripada pelbagai sumber.

PADU juga akan membolehkan Kerajaan menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada rakyat.

PADU juga akan membolehkan pemantauan dan penilaian yang tuntas dan berkesan terhadap pelaksanaan dasar negara.

Pangkalan data yang berintegrasi dan berpusat mampu menjimatkan sumber secara signifikan.

SOALAN LAZIM (FAQ) PADU

Siapakah yang boleh mengemaskini maklumat dalam sistem PADU?

Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Apakah manfaat yang saya perolehi dengan mengemas kini maklumat?

Anda berpeluang untuk menerima bantuan atau perlindungan sosial yang sewajarnya.

Adakah saya perlu mendaftar akaun dengan PADU?

Ya, anda perlu mendaftar akaun bagi membolehkan log masuk serta menyemak dan mengemas kini maklumat anda.

Bagaimana untuk membuat semakan & pengemaskinian profil individu dalam sistem PADU?

Setelah selesai membuat pendaftaran kali pertama, tekan butang "Log Masuk". Isikan nombor Kad Pengenalan dan kata laluan dan tekan butang "Log Masuk".

Bilakah saya boleh membuat pengemaskinian maklumat?

Anda boleh mengemaskini maklumat pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan.

Sila rujuk Portal PADU diatas bagi sebarang pengumuman terkini.

Bagaimanakah saya boleh membuat aduan atau pertanyaan berkaitan PADU?

Anda boleh membuat aduan dengan menekan menu "Hubungi Kami" > "Aduan Baharu" atau butang "Maklum balas" di Portal PADU.

Anda juga boleh menghubungi kami di talian 1800-88-7720 atau melalui Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC).

Berapa lama tempoh diambil untuk mengetahui status aduan/pertanyaan?

Maklum balas aduan/pertanyaan mengambil masa dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.

Anda akan menerima maklum balas melalui e-mel atau boleh membuat semakan dengan menekan menu "Hubungi Kami" > "Semak Aduan" menggunakan ID tiket yang telah diberi.

Saya tidak memerlukan bantuan kerajaan. Adakah saya perlu mendaftar?

Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Adakah PADU sama dengan program ID Digital Nasional (IDN)?

Tidak. PADU merupakan pangkalan data Kerajaan yang mengandungi maklumat individu, manakala IDN merupakan sistem pengesahan identiti individu secara digital yang membolehkan individu mengakses pelbagai urusan dalam talian dan tidak menyimpan pangkalan data individu.

Buat masa ini, sistem PADU menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja.

Semoga memberi manfaat.

Thursday, October 26, 2023

Kenapa Bangsa Yahudi Di Benci?

Kenapa Bangsa Yahudi Di Benci?

Holocaust. Disebalik sejarah kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan pada zamannya?

Kenapa Hitler benci Yahudi

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya.

Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal, Mein Kampf.

Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.

Sebenarnya, Hitler bukanlah orang yang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak.

Pada tahun 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther, telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies.

Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.

TEMBOK GHETTO

Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintahkan agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan Ghetto.

Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.

Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka.

Mengapa masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat?

Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi.

Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.

Jika jawapannya yang kedua, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah.

Tindakan kejam dan rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.

Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini, lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman.

Jika dilihat dalam sejarah Islam, walaupun menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka.

Nabi SAW pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur, namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi SAW. Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin.

Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut, namun seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu.

Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami pelbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara melulu dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi SAW, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah.

Ada sahabat yang mulia bernama Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati.

Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, sejarah perangai Yahudi memanglah buruk, ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi bangsa Yahudi secara umum, memanglah buruk.

BANGSA PENDUSTA

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam.

Katanya: "Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku."

Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang.

Rasulullah SAW bertanya kepada mereka: "Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?" Jawab mereka: "Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami, ulama kami, anak ulama kami."

Sabda Rasulullah: "Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?" Jawab mereka: "Allah lindunginya dari perkara tersebut."

Sabda Rasulullah: "Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka."

Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: "Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah." Lantas mereka berkata: "Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil."

Kata Abdullah bin Salam: "Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta." (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitik secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu.

Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan.

Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya.

Wallahu a'lam.

Tuesday, October 24, 2023

'Yahudi Memerintah Dunia Dengan Proksi'

'Yahudi Memerintah Dunia Dengan Proksi'

Tanggal 16 Oktober 2023 lalu, genap 20 tahun usia ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) di Putrajaya yang menggegarkan dunia.

Beberapa minggu sebelum peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri keempat, Tun Mahathir menyampaikan ucapan pembukaan persidangan tersebut lalu meletakkan namanya, entah untuk ke berapa kali, di tajuk-tajuk berita dunia.

Zionist proxy

Dua baris ucapannya dipetik dan dilabel sebagai anti-Semitik: "Hari ini orang Yahudi memerintah dunia dengan proksi. Mereka mendapatkan orang lain untuk berjuang dan mati untuk mereka."

Kritik Islam

Sebenarnya, ucapan penuh Dr. Mahathir ketika itu lebih banyak mengkritik umat Islam berbanding kaum Yahudi.

Sejak awal ucapan, beliau telah membangkitkan isu negara-negara Islam yang tidak bersatu, perpecahan sektarian, kecenderungan ke arah keganasan dan umat Islam yang ketinggalan dalam perlumbaan intelektual.

Namun, dalam menyampaikan hujahnya bahawa umat Islam sebenarnya mempunyai kekuatan yang besar, beliau membuat perbandingan dengan kaum Yahudi yang hanya berjumlah kira-kira enam juta orang selepas separuh populasinya dibunuh Eropah dalam Perang Dunia Kedua.

Ketika itu beliau menyatakan pandangan kontroversi bahawa Yahudi dalam jumlah yang kecil, boleh memerintah dunia melalui proksi.

Beliau malahan memuji kaum Yahudi selepas itu, yang bangkit dari penindasan menggunakan akal, bukan fizikal.

"Kita berhadapan musuh yang berfikir. Mereka mengharungi penganiayaan selama 2,000 tahun bukan dengan melawan semula, tetapi berfikir.

"Mereka mencipta dan berjaya mempromosi sosialisme, komunisme, hak asasi dan demokrasi supaya penganiayaan terhadap mereka dilihat salah, supaya mereka dapat menikmati hak yang saksama dengan yang lain.

"Dengan ini, mereka dapat mengawal negara-negara paling kuat dalam dunia dan mereka, komuniti yang kecil ini, menjadi kuasa dunia.

"Kita tidak boleh melawan mereka dengan kekuatan fizikal sahaja. Kita perlu guna akal juga," katanya.

Anti-Semitik

Ucapan tersebut segera tersebar melalui laporan berita di seluruh dunia dengan kecaman demi kecaman datang bersilih ganti.

Dr. Mahathir digelar pemimpin anti-Semitik, yang menggalakkan kekerasan ke atas kaum Yahudi.

Menteri Luar Itali, Franco Frattini yang mewakili Kesatuan Eropah menyifatkan ucapan beliau sebagai sangat ofensif, sangat anti-Semitik dan sangat bertentangan dengan konsep prinsip toleransi, dialog dan kesefahaman antara dunia Barat dengan Islam.

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Jonathan Peled yang dipetik CNN berkata, ucapan beliau "memarakkan kebencian dan kesalahfahaman".

Melalui CNN juga, pegawai tinggi Amerika Syarikat dipetik menyeru ketua semua agama dan kepercayaan untuk mengutuk ucapan beliau.

Ucapan tersebut juga mendorong penggubalan Akta Kajian Semula Anti-Semitisme Global 2004 di Amerika Syarikat.

Kukuh prinsip

Walaupun menerima kecaman dari seluruh dunia, Dr. Mahathir tegas dengan pendiriannya bahawa kaum Yahudi memerintah dunia melalui jaringannya dengan kuasa-kuasa besar dunia.

Pada 2012, beliau mendakwa semua calon Presiden Amerika Syarikat (AS) perlu mendapatkan pengiktirafan daripada Israel.

Pada 2014, beliau lebih sinis. Mungkin untuk membalas label anti-Semitik yang dipahat pada namanya di pentas antarabangsa, Dr. Mahathir berkata, orang Arab juga Semitik.

Tetapi Yahudi fikir mereka begitu istimewa – kaum yang dipilih Tuhan – maka sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dan mengkritik kekejaman mereka akan digelar anti-Semitik, seperti mereka satu-satunya kaum Semitik dalam dunia.

Selama lebih sedekad, Dr. Mahathir ditekan untuk mengakui ucapannya itu tidak wajar tetapi tidak pernah sekali dia tunduk.

Di Oxford Union, dalam wawancara bersama media antarabangsa, beliau terus tegas dengan pendirian bahawa Israel adalah punca pelbagai konflik dunia.

Terang dan bersuluh, Israel pengganas

Pada 12 Oktober 2023 lalu, Dr. Mahathir muncul dengan video ulasannya tentang konflik antara Israel dengan Palestin yang sedang berlaku.

Beliau sekali lagi dengan tegas berkata, dalam konflik itu, Israel ialah pengganas walaupun rejim itu cuba mendakwa sebaliknya.

"Di waktu ini juga, kita menjadi saksi kepada tindakan Israel yang berusaha mengatasi keganasan yang mereka tuduh dilakukan oleh Hamas.

"Jika kita renung kembali, Israel yang sebenarnya sebuah negara pengganas yang telah berdekad lamanya melakukan keganasan ke atas orang Palestin tanpa rasa bersalah atau sebarang kekesalan.

"Mereka membunuh kanak-kanak dan bayi orang Palestin kerana kononnya kanak-kanak dan bayi ini membesar dan jadi pengganas. Dengan alasan tersebut mereka terus melakukan pembunuhan ke atas bayi dan kanak-kanak Palestin," katanya.

Tidak ramai pemimpin yang cukup tegas dan berani menghuraikan punca sebenar konflik di negara-negara Arab seperti Dr. Mahathir. Pandangannya kontroversi di mata Barat dan Israel tetapi analisisnya sukar digugah.

Mungkin ada kelemahan: mengitlak seluruh kaum Yahudi sebagai bangsa pengganas dan tidak membezakan Yahudi dengan mereka yang memegang fahaman Zionisme sangat canggung dan tidak adil di mata dunia.

Namun, ucapannya 20 tahun lalu akan terus dikenang dan direnung. Sebagaimana ia menggegar dunia pada 2003, sebegitulah penting untuk kebenarannya dirungkai.

Seperti yang berlaku pada 18 Oktober 2023, usaha Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghentikan sementara konflik di Gaza bagi membolehkan bantuan kemanusiaan masuk, diveto Amerika Syarikat, menjadi bukti.

Adakah benar kaum Yahudi memerintah dunia dengan proksi, seterusnya menghalalkan segala tindakan ganas Israel terhadap Palestin?

Semoga memberi manfaat.

Monday, October 16, 2023

Perang Enam Hari 1967, Permulaan Satu Kemusnahan Negara Palestin!

Perang Enam Hari 1967, Permulaan Satu Kemusnahan Negara Palestin!

Ianya bermula pada pukul 7:10am, 5hb Jun 1967, waktu Israel. Enam belas jet Magister Fouga buatan Perancis, pelatih-pelatih era 1950an dilengkapi roket berlepas dari lapangan Hatzor. Jet-jet Fouga tersebut bertransmisi seperti mana jet Mystere dan Mirage. Mereka berlepas mengikut rutin patrol harian.

Perang Enam Hari 1967

4 minit kemudian, skuadron sebenar - Ouragan Bombers berlepas dari Hatzor, selang 5 minit diikuti pula oleh skuadron Mirages dari Ramat David dan 15 Vatours dari Hatzerim. Dalam pukul 7:30am sebanyak 200 buah pesawat pelbagai jenis sudah memenuhi ruang udara Israel.

Tersandar di atas bahu skuadron Israel ini arahan daripada Komander Udara Motti Hod:

"The spirit of Israel's heroes accompany us to battle. From Joshua Bin-Nun, King David, the Maccabees and the fighters of 1948 and 1958, we shall draw the strength and courage to strike the Egyptians who threaten our safety, our independence and our future. Fly, soar at the enemy, destroy and scatter him throughout the desert so that Israel may live, secure in its land for generations."

Mereka terbang rendah, tidak lebih dari 15 meter untuk mengelak dari dikesan radar tentera Mesir - ada 82 buah semuanya di serata tempat. Kebanyakan pesawat mengarah ke Barat - ke Laut Mediterannean sebelum membelok kembali ke arah Mesir. Selainnya pula mengarah ke Laut Merah menuju sasaran di kawasan pedalaman Mesir.

Komunikasi radio sama sekali tidak dibenarkan - arahan yang sangat penting untuk di patuhi. Komunikasi hanya dengan isyarat tangan! Tujuan mereka adalah "is to reaching the Egyptian coast without being spotted".

Kol. Rafi Harlev, Cif Israel Air Force telah mengarahkan tiada komunikasi radio diantara juruterbangnya, biarpun terdapat kerosakan mekanikal, jika terpaksa terhempas ke laut maka ke lautlah!

Sungguhpun begitu juruterbang Israel lebih terlatih berbanding saingan mereka di Mesir. Mereka lebih berpengalaman dan mempunyai lebih masa penerbangan.

Hampir kesemua pesawat mereka 65 Mirages, 35 Super Mysteres, 35 Mysteres Mark IV, 50 Ouragans, 20 Vatour light bombers dan 45 Fougas boleh beroperasi dengan baik.

Mereka sebenarnya sudah berulang kali membuat latihan peperangan dengan bersimulasikan lapangan terbang Mesir - secara rahsia! Hanya segelintir menteri yang tahu mengenai hal itu.

Walaupun begitu, maklumat dan sasaran lokasi tentera Mesir memang dalam tangan Israel - lokasi setiap jet pejuang Mesir serta nama dan pangkat sehinggakan kepada suara juruterbang Mesir juga mereka tahu!

Kesemua maklumat ini telah dibocorkan oleh Wolfgang Lotz, seorang yahudi kelahiran German yang mendapat maklumat dari hubungan baiknya dengan pegawai dan ketua staf tentera Mesir sebelum dia berjaya dicekup pada 1964.

Selain itu, sumber risikan Israel juga disalurkan oleh pegawai Inteligen Yahudi di Mesir bernama Anwar Ifrim dan 'Ali al-'Alfi, masseur (ini maksudnya tukang urut) peribadi Gamal Nasser.

Inilah yang dikatakan oleh Hod sebagai: "Israel's real time intelligence on Egypt's aircraft."

Mesir Lena DiUlik Mimpi

Mesir pula langsung tidak menghiraukan keselamatan jet pejuang mereka. Rata-rata buatan Russia - MIG, Ilyushin, Topolov, dilonggok dalam satu pangkalan. Memudahkan Israel mensasarkan serangan mereka.

Walaupun sebelum ini sudah dicadang pembinaan hangar konkrit, tapi cadangan itu dipandang sepi oleh pemerintah atasan tentera Mesir. Pesawat pejuang Mesir dibiar berpanas di tengah lapang tanpa sebarang perlindungan, waima sandbags pun kurang!

"A fighter jet is the deadliest weapon in existence - in the sky, but on the ground it is utterly defenseless," kata Hod Ketua Staff IAF.

Dalam masa musuh semakin mara, hampir kesemua pesawat Mesir dalam keadaan sejuk enjin dibasahi embun pagi dan semua juruterbang sedang menikmati sarapan pagi.

Walaupun begitu, pihak Mesir memang menjangkakan jika ada serangan Israel maka ia akan berlaku di awal subuh, oleh itu sebagai rutin mereka telah pun menghantar skuad tinjau untuk mengawasi ruang udara mereka pada waktu-waktu tersebut.

Pesawat tinjau pulang dan mendarat seawal 8:15am, rondaan cepat sejam dari pesawat Israel yang mendatang dan gagal mengesan kehadiran mencurigakan dari skuadron Israel.

Rutin harian tentera Mesir ni juga sudah diambil kira oleh perisik Israel sebelum memulakan serangan mengejut pada pagi 5 Jun tersebut!

Ada juga sumber mengatakan bahawa pada malam sebelumnya, pimpinan tentera Mesir telah dihiburkan dengan wanita-wanita cantik agen pengintip Yahudi sehingga mereka mabuk dan lupa diri untuk tegak menghadapi serangan Yahudi.

Andaian ini boleh dianggap benar kerana pagi itu tentera Mesir seumpama masih lalok, tidak berdaya menahan asakan skuadron Yahudi.

Taktik perempuan cantik ini pun memang selalu diguna pakai dan menjadi kegemaran untuk cerita perisikan seperti James Bond. Wanita cantik juga selalu dijadikan umpan merosakkan pimpinan peringkat tertinggi angkatan tentera sesebuah negara!

Radar Jordan

Radar paling canggih dalam dunia Arab dimiliki oleh Jordan - buatan British, telah mendapat isyarat mengenai kemasukan pesawat dalam kuantiti luar biasa ke ruang udara Mesir di Sinai.

Sangkaan mereka, ini hanyalah rutin biasa tentera Israel, tetapi dalam ketidaktentuan itu, amaran masih juga disampaikan kepada pihak Mesir.

Satu kelemahan tentera-tentera Arab adalah kurang koordinasi yang tepat. Maka maklumat penting seperti itu tidak dapat disampaikan dengan segera kepada tentera Mesir.

Sementelah pula, malam itu tentera Mesir sudahpun mengubah frekuensi kod mereka tanpa memberitahu pihak Jordan. Sungguhpun begitu pihak Jordan terus juga menghantar kod amaran berkali-kali ke Mesir.

Di pihak Mesir pula, walaupun maklumat itu berjaya disampaikan, Shams Badran - Menteri Pertahanan Mesir tidak dapat untuk dihubungi, kerana beliau pergi masuk tidur beberapa jam sebelum itu dan memerintahkan supaya tidak diganggu!

Begitu juga Kol. Mas'ud al Junaydi yang bertanggungjawab untuk decoding dan juga Ketua Operasi Udara General Gamal 'Afifi - mereka ini orang penting yang tidak dapat dihubungi pada waktu itu.

Ruang udara dan tentera Mesir masih telanjang, tidak tahu bahana yang akan menimpa! Kemana mereka dalam saat-saat genting seperti ini?

Taktik Hail Mary

Di pihak Israel, masa-masa berikut adalah paling mendebarkan buat mereka. "The suspend was incredible," kata Ezer Weizman:

"For five years I had been talking of this operation, explaining it, hatching it, dreaming of it, manufacturing it link by link, training men to carry it out. Now, in another quarter of an hour, we would know if it was only a dream, or whether it would come true."

Rancangannya, menggunakan sedozen skuadron udara daripada beberapa pengkalan, bergabung secara senyap. Sasarannya musnahkan sebelas target yang telah dikenalpasti dalam masa 20-45 minit! Taktik Israel ini agak berbahaya kerana meninggalkan ruang udara mereka, langsung tanpa pertahanan.

Dan inilah yang dinamakan Hail-Mary taktik - sempena taktik permainan American Football - apabila semua naik menyerang dengan tiada pertahanan di bawah.

Keyakinan bahawa seluruh kekuatan Mesir akan musnah dalam serangan mengejut ini menyebabkan rancangan Hail-Mary diluluskan oleh pihak atasan tentera Israel.

Walaupun begitu, komando-komando mereka sudah pun ditempatkan di seluruh sasaran strategik tentera Mesir dan bersedia meletupkan sasaran itu melalui darat jika rancangan udara mereka gagal.

Adakah ini disedari oleh pihak Mesir?

Gelombang Pertama

Tepat 7:30am. Sasaran pertama kelihatan - pengkalan Fa'id dan Kibrit. Pesawat Israel bertali arus menjunam melepaskan bom meletupkan landasan tarmac, sudah terlambat bagi pihak Mesir untuk menyerang balas. Sebuah pesawat pun tidak dapat diterbangkan!

Para juruterbang Mesir terkejut, tidak menyangka Israel berjaya melepasi kawalan radar mereka. Pesawat juang mereka terperangkap menjadi sitting duck bahan ujikaji Israel.

Gelombang pertama serangan ini berakhir jam 8:00am. 25 serangan telah dilancarkan ke sasaran utama, termasuklah pengkalan Fa'id dan Abu Suweir, empat lapangan terbang di Sinai dan dua di Mesir, berjaya dilumpuhkan sama sekali!

Yang bodohnya Mesir, tiada satu pun serangan balas dilancarkan dari darat ke arah skuadron Israel. Kesemua 100 artileri anti kapal terbang, 27 SAM-2 (Surface to Air Missiles) tidak diberi arahan untuk dilepaskan oleh Amer, kerana takut tersilap tembak kapal terbang mereka sendiri!

Abdul Hakem Amer adalah Timbalan Ketua Perang kepada General Gammal Nasser, dia kemudian mati membunuh diri dalam tahanan kerana disyaki berkomplot menggulingkan Presiden Nasser selepas kekalahan dalam Perang Enam Hari.

Dia jugalah yang mengarahkan pengunduran tentera Mesir dari Sinai kerana panik dengan kejatuhan Abu Ageila.

Mesir sewaktu Perang Enam Hari, sebenarnya berada dalam konflik politik orang No 1 dan No 2 dan kerana itu jugalah cadangan-cadangan bernas diantara kedua-dua kem tidak sampai untuk dilaksanakan.

Gelombang Kedua

Kali ini walaupun pihak Israel mendapat tentangan hebat, mereka berjaya melakukan 164 sorties (serangan) dan memusnahkan 107 pesawat.

Dalam serangan pagi itu keseluruhannya pihak Israel berjaya memusnahkan 286 pesawat - 30 Tupolev-16s, 27 Ilyushin-28 medium bombers, 12 Sukhoi-7 fighter-bombers, 90 MIG-21 interceptors, 20 MIG-19's, 75 MIG-17's, 32 pesawat angkut dan helikopter - suku dari pilot Mesir terkorban dalam serangan itu. 13 pengkalan musnah, 23 radar hancur termasuklah pusat anti kapal terbang.

Pada jam 10:35am Hod melaporkan kepada Rabin: "The Egyption air force has ceased to exist."

Tentera Arab Terkangkang

Kemusnahan dahsyat di pihak Mesir, menyebabkan seluruh negara Arab terkedu! Tragedi paling dahsyat dalam sejarah peperangan Arab - Israel.

Inilah tanda-tanda awal kejatuhan terus menerus tentera Arab di tangan Israel dalam hari-hari yang berikutnya (selama 6 hari) dan badi itu berlanjutan sehingga ke hari ini.

Ramai ulama-ulama diseluruh dunia kemudiannya turut hadir dalam peperangan ini, termasuklah dari Tanah Jawi, tetapi tidak cukup untuk mengekang kemaraan Israel.

Akibatnya Mesir terlepas Sinai dan Syria terlepas Bukit Golan dan Palestine terlepas Baitulmaqdis 'tetapi bukan untuk selama-lamanya'.

Ulama-ulama seluruh dunia memfatwakan ini sebagai Perang Sabil, tetapi setakat memberi nama Perang Sabil tidak cukup untuk menggerak kekuatan dan semangat Jihad yang sebenar.

Puncanya adalah kerana tentera Islam tidak dipimpin oleh sebaik-baik pemimpin dan askarnya juga bukanlah sebaik-baik tentera!

Perlu diingat, memang mudah menyebut perkataan jihad daripada melaksanakannya.

Masih ingat peperangan Khaibar dizaman Rasulullah SAW? Siapakah yang ditugaskan untuk menumbangkan pertahanan Yahudi dan bagaimanakah pula pula ciri-ciri pemimpinnya?

Pihak Yahudi tidak pernah lupa dan dendam mereka tidak pernah kunjung padam akibat runtuhnya Tembok Khaibar ditangan Saidina Ali Abi Talib R.A. Sehinggakan Rasullullah SAW juga hampir diracun semasa tinggal disitu.

Mereka (puak Yahudi) juga tidak sekali-kali akan membenarkan umat Islam melahirkan pemimpin-pemimpin yang berciri dan berkualiti sedemikian rupa di dunia hari ini. Jika ada, mereka akan cantas seawal mungkin.

Tetapi bolehkan Yahudi selama-lamanya merancang dan mencatas tunas baru umat Islam?

Tidak dinafikan juga bahawa Amerika, British dan Perancis adalah dalang disebalik Perang Enam Hari. Disamping medan untuk menguji teknologi dan kekuatan senjata, mereka menentang teknologi blok komunis yang diketuai USSR.

Harapan Tinggal Harapan

Selepas kejatuhan kerajaan Khalifah Ottoman, umat Islam amat berharap Pak Arab dapat menebus maruah umat Islam, malangnya malapetaka terus menimpa.

Sebabnya adalah kerana tiada penyatuan dikalangan pemimpin Arab kerana mereka berperang diatas dasar asabiah dan politik.

Koordinasi sesama mereka juga amat lemah dan ada juga pemimpin negara Arab (Jordan) yang berperang dibawah pengaruh Amerika - berperang tidak sepenuh hati; semata-mata menjadi pencukup korum.

Pemimpin Jordan dikatakan menelepon Amerika meminta izin untuk berperang sebagai menjaga hati lain-lain pemimpin Arab! Arab Saudi semestinya tidak campur tangan dalam perang ini.

Mesir pula sewaktu itu adalah pendokong ideologi Socialist bawaan Soviet Union. Ramai alim ulama Mesir yang dibunuh secara zalim pada zaman itu.

Maka apabila tewasnya Mesir maka terkuburlah juga cita-cita Gamal Nasser untuk menjadi wira Arab seperti Salahudin Al-Ayubi.

Sehinggalah kepada zaman Anwar Sadat; yang mana dendam Mesir terbalas dalam perang Yom Kippur tetapi beliau dibunuh sewaktu perarakan tentera kerana perjanjian Camp David, yang ditafsir oleh sesetengah pihak sebagai mengiktiraf kewujudan negara haram Yahudi.

Setelah itu berakhirlah era Mesir sebagai hero liga Arab. Hari ini harapan tinggal harapan. Masih tiada tanda-tanda penyatuan negara Arab dalam dunia hari ini.

Walaupun satu bangsa, satu bahasa dan satu liga, mereka tidak bersatu hati, lebih-lebih dalam menyelesaikan masalah Palestin.

Dalam keadaan ekonomi mereka yang teruk dikontrol sistem kapitalis dan percaturan politik order baru dunia, kebangkitan bangsa Arab dari semenanjung sebagai suatu kuasa besar seakan-akan mustahil, untuk kembali menggapai kecermerlangan silam.

Walaupun banyak duit dan dilengkapi dengan segala kelengkapan canggih dan teknologi barat, Perang Enam Hari telah membuktikan bahawa persediaan taktik dan strategi amat penting untuk memenangi sesuatu perperangan.

Tentera Arab amat lemah dan kurang dari segi persediaan seumpama itu. Mereka sebenarmya telah dipermain-mainkan oleh pihak Barat dan Soviet.

Bagaimana mungkin Palestin dilepaskan Yahudi sedangkan perancangan itu sudah lama dipersetujui oleh England, Perancis, Amerika dan negara-negara Eropah yang lain semenjak Perang Salib yang pertama lagi?

Perang Enam Hari mengubah peta arab dan persepsi masyarakat antarabangsa terhadap keupayaan umat Islam mempertahankan diri mereka.

Kekalahan itu amat memalukan dan amat pedih untuk diterima oleh seluruh umat Islam.

Secara tidak langsung fasa kekalahan Arab dalam Perang Enam Hari membolehkan pihak Yahudi sentiasa memijak-mijak maruah umat Islam sehingga tidak berupaya bangun sehinggalah ke hari ini.

Nota Penulis: "Tidak akan kiamat dunia ini selagi Yahudi tak kalah perang."

Susunan: The Malay Press
Rujukan: Michael B. Oren, 2002, Six Days Of War: June 1967 and the Making of Modern Middle East, Penguin Books, US

Semoga memberi manfaat.

Wednesday, October 04, 2023

Sejarah Asas Tuntutan Sulu Terhadap Sabah

Sejarah Asas Tuntutan Sulu Terhadap Sabah

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana Kesultanan Sulu yang berpusat di Filipina, mendakwa memiliki hak ke atas Sabah dan beberapa kawasan lain seperti Tawi-tawi, Palawan, Basilan, Jolo, Semenanjung Zamboanga dan Basilan di Filipina serta Kepulauan Spratly.

Tuntutan Sulu terhadap Sabah

Dari segi sejarah, asas kepada tuntutan Sulu ke atas Sabah adalah bersandarkan kepada perjanjian pajakan yang ditandatangani oleh Sultan Jamalul 'Azam dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent daripada Syarikat British Borneo Utara (SBBU) pada 22 Januari 1878.

Tujuan perjanjian itu adalah bagi memastikan Kesultanan Sulu tidak melakukan kekacauan di Borneo Utara.

Ia terpakai selagi pihak Overback atau wakilnya membayar wang serahan sebanyak AS$3,000 (RM14,055) setiap tahun dan hanya terbatal sekiranya pembayaran tidak dilakukan selama tiga tahun berturut-turut. Bagaimanapun, Kesultanan Sulu telah menganggap Borneo Utara adalah hak miliknya.

Pada tahun 1885, termeterai Protokol Madrid yang merupakan perjanjian antara Britain, Sepanyol dan Jerman.

Dalam hal ini, Sepanyol yang menaungi Filipina dan wilayah Kesultanan Sulu telah mengiktiraf pendudukan British dan melepaskan semua tuntutan ke atas Borneo Utara.

Pada tahun 1915, Perjanjian Carpenter telah ditandatangani antara Kesultanan Sulu dan Amerika Syarikat (AS), di mana Sultan Sulu dikatakan telah melepaskan segala kuasanya kepada pentadbiran AS.

Melalui Konvensyen Washington pada 2 Januari 1930, British dan AS yang waktu itu menjadi penaung Filipina melakukan perjanjian bagi penetapan sempadan antara Borneo Utara dan Filipina.

Dalam tempoh 1921 hingga 1930, Kesultanan Sulu sentiasa meminta SBBU agar menambahkan bayaran tahunan kepada mereka, namun ditolak.

Pada 7 Jun 1936, Sultan Jamalul Kiram II telah mangkat dan ini meredakan seketika isu tuntutan ke atas Borneo Utara, bagaimanapun sultan ini tidak meninggalkan waris yang sah menyebabkan berlaku sekali lagi pertikaian tentang bayaran tahunan sebanyak AS$5,300 (RM24,830).

Selepas Kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II pada 7 Jun 1936, isu tuntutan ke atas Borneo Utara kembali reda menerusi keputusan Penghakiman Macaskie.

Bagaimanapun, perbalahan muncul dikalangan kerabat diraja, berkenaan penentuan hak penerimaan bayaran tahunan memandangkan sultan tersebut tidak meninggalkan waris sah.

Penghakiman Macaskie telah menyelesaikan masalah ini dengan membahagikan wang tersebut mengikut kedudukan waris dan memutuskan bahawa hak tuntutan waris Kesultanan Sulu hanyalah pada wang serahan.

Pada tahun 1946, SBBU telah menyerahkan haknya ke atas Borneo Utara kepada kerajaan British melalui perjanjian yang ditandatangani pada 26 Jun 1946 selepas Perang Dunia Kedua.

Memasuki tahun 1950, ahli-ahli Dewan Senat Filipina turut campur tangan dalam isu Sulu dan Borneo Utara.

Tindakan British yang menolak tuntutan waris Sultan Sulu iaitu Sultan Mohamad Amirul Ombra menyebabkan mereka mendesak untuk mendapatkan sokongan kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Elpidion Quirino, namun semua tuntutan ini ditolak.

Ekoran daripada inilah anggota Dewan Senat mengemukakan cadangan agar menyelesaikan isu ini berdasarkan undang-undang, tetapi tiada tindakan daripada kerajaan Filipina.

Pada tahun 1957, menyaksikan pembatalan terhadap Perjanjian Pajakan 1878, yang disampaikan sendiri oleh Sultan Esmail Kiram pada 25 November 1957 kepada Duta British di Manila serta menyampaikan hasratnya untuk mengadakan rundingan baharu terhadap Borneo Utara.

Duta British Gabriel G.L. Clutton dilihat tidak melayan notis tersebut memandangkan Esmail Kiram tidak mempunyai kuasa menamatkan pajakan 1878 tersebut.

Pengumuman gagasan pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura pada 27 Mei 1961 telah menimbulkan ketakutan kepada pihak waris Sulu iaitu Puteri Tarhata Kiram.

Untuk itu, Puteri Tarhata Kiram sekali lagi membuat tuntutan ke atas wilayah Borneo Utara kepada Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina.

Tuntutan beliau telah mendapat sokongan daripada akhbar Filipina sehingga mendesak Presiden Macapagal agar menuntut Borneo Utara.

Pada 23 April 1962, Dewan Perwakilan Filipina telah meluluskan usul Resolusi Ramos yang memberi kuasa kepada Presiden Republik Filipina untuk mengambil langkah perlu bagi mendapatkan semula Borneo Utara.

Pada 30 April 1962, Presiden Macapagal mengiktiraf Esmail Kiram sebagai Putera Mahkota yang baharu dan Kesultanan Sulu sebagai pemimpin berdaulat di Borneo Utara.

Kes ini telah dibawa ke Majlis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 27 September 1962 untuk menyelesaikan pertikaian tersebut.

Tetapi, perbincangan hanya terbatas kepada aspek keselamatan dan waris Kesultanan Sulu sahaja tanpa isu wilayah Borneo Utara.

Pada 2017, kumpulan Sulu sekali lagi mengusulkan untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah.

Pada Februari 2022, agensi berita Sepanyol melaporkan penimbang tara negara itu, Gondoza Stampa mengarahkan Malaysia membayar pampasan AS$14.92 bilion (RM69.9 bilion) kepada waris kumpulan Sulu.

Perintah itu dikeluarkan selepas Malaysia didakwa melanggar Perjanjian 1887 yang ditandatangani Sultan Jamal Al-Alam dengan Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo selepas menghentikan pembayaran wang pemisah (pampasan) berjumlah AS$1,201 (RM5,300) sejak 2013 selepas pencerobohan bersenjata di Sabah.

Pada Januari 2023 lalu, Malaysia telah memperoleh kemenangan mengatasi individu yang mendakwa sebagai waris kepada Sultan Sulu apabila Mahkamah di Luxembourg mengetepikan perintah penahanan (attachment order) dipohon oleh pihak terbabit.

Semoga memberi manfaat.

Wednesday, September 27, 2023

Kemiskinan Alat Politikus Dan Kapitalis Menambah Kekayaan

Kemiskinan Alat Politikus Dan Kapitalis Menambah Kekayaan

Orang miskin dalam konteks Malaysia dikaitkan golongan B40 (bottom 40 percent). Pendapatan bulanan kumpulan B40 dibawah pendapatan paras garis kemiskinan (PGK) iaitu kurang daripada RM2,208 sebulan.

Kemiskinan di Malaysia

Justeru kemiskinan, tentunya cara hidup dan budaya harian B40 berbeza daripada golongan M40 (middle 40 percent) yang berpendapatan di antara RM4,850 sehingga RM10,959 sebulan, apatah lagi kumpulan T20 (top 20 percent) berpendapatan 20 peratus tertinggi sebanyak RM10,959 ke atas dan merupakan penggerak ekonomi dan majikan golongan B40 dan M40.

Data menunjukkan majoriti rakyat Malaysia adalah golongan miskin. Seramai 26.8 juta daripada 32 juta rakyat negara ini tergolong dalam kategori itu.

Jika kemiskinan dianggap kesalahan dan menjijikkan, di kiri dan kanan kita adalah golongan yang tidak boleh diharapkan untuk kehidupan yang lebih baik.

Anak, cucu dan cicit orang miskin akan berada di mana-mana. Di desa atau kota, kemiskinan akan terus menggila.

Protokol dan hukum ditegakkan oleh T20 untuk memastikan kelangsungan mereka dipertahankan.

Menjadi bangsawan baru

Golongan cerdik pandai, intelektual, profesor dan sarjana sering mengaitkan kemiskinan sebagai penyakit.

Rakyat yang miskin juga dikaitkan dengan amalan mengabaikan pendidikan serta leka berfoya-foya.

Kapitalisme pula melihat kemiskinan sebagai peluang mengaut keuntungan.

Ketika Revolusi Industri dan Revolusi Perancis, kalangan miskin menjadi alat kepada kapitalis untuk menghalalkan tindakan mereka meruntuhkan kekuasaan feudal yang dikaitkan perhambaan.

Dinasti dan istana runtuh. Kapitalis menjadi tuan baru yang dikaitkan korporat.

Rakyat bawahan yang miskin - dengan taraf hidup mereka yang rendah - akan tetap menjadi alat atau jentera kepada penguasa yang khianat.

Sehingga ke abad 21, dunia gagal membanteras kemiskinan kerana kemiskinan adalah peluang untuk kapitalis menambahkan kekayaan.

Ia berkembang bersama sekutunya yang disebut politikus. Mereka membentuk kroni bersama orang politik untuk mentadbir dunia ketiga dengan rakus.

Mereka menjadi bangsawan baru dengan istana kekuasaan yang lebih agam.

Orang miskin akan kekal sebagai buruh untuk membantu orang politik dan kroni niaga mencapai keuntungan maksimum.

Dari segi politik pula, kemiskinan adalah peluang pihak yang berkuasa mengekalkan kekuasaan.

Program pembangunan dan bantuan rakyat diperkenal untuk mengikat sokongan kepada pemerintah.

Budaya mengharap kalangan bawahan akhirnya mencipta tradisi bodek menerusi peti undi yang kononnya demokratik.

Pemerintah pula menggunakan hukum dan akta untuk membantu golongan sendiri mencipta keuntungan bilion ringgit. Marhaen, golongan yang dianggap hina, akan kekal miskin.

Bergerak menyusun kekuatan

Orang bawahan akan kekal memberontak kerana pemberontakan adalah peluang terakhir untuk hidup, atau - jika tidak - terpaksa mengalah.

Perubahan besar dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan dalam Revolusi Perindustrian pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 memberi kesan yang besar kepada sosioekonomi dan kebudayaan di Britain.

Perubahan ini seterusnya merebak ke seluruh Eropah dan Amerika Utara sebelum melebar ke serata dunia melalui proses yang dikenali sebagai perindustrian.

Revolusi Perindustrian merupakan satu titik perubahan penting dalam sejarah manusia, sama seperti penemuan perladangan atau kebangkitan negara kota.

Peladang British menjadi pedagang antarabangsa dengan menyediakan makanan yang cukup dan tenaga buruh yang banyak, lalu pemilik tanah menjadi pengusaha ladang dan peningkatan perdagangan antarabangsa.

Kaum buruh yang diperlakukan tidak adil oleh pengusaha mulai bergerak menyusun kekuatan untuk memperbaiki nasib.

Mereka kemudian membentuk organisasi yang lazim disebut gerakan sosialisme didorong pemikiran Thomas Marus yang menulis buku Utopia.

Tokoh yang paling popular dalam penggerakan pemikiran ini adalah Karl Marx dengan bukunya Das Kapital.

Pengusaha atau kapitalis umumnya mempunyai pengaruh yang kuat dalam pemerintahan untuk melakukan imperialisme demi kelangsungan industrialisasinya.

Dengan demikian, lahirlah imperialisme moden, iaitu perluasan daerah sebagai tempat pemasaran hasil industri, mencari bahan mentah, penanaman modal yang surplus dan tempat mendapatkan tenaga buruh yang murah.

Dalam hal ini, England yang menjadi pelopornya.

Revolusi Perancis 1789–1799 adalah era sosial radikal dan pergolakan politik. Kesannya melata ke seluruh dunia apabila perhambaan tumbang dan sistem monarki feudal runtuh.

Mengharap naungan atasan

Bagaimanapun, sejarah tidak mungkin aman kerana tumbangnya satu rejim akan melahirkan rejim diktator lain.

Hari ini diktator bukannya rejim tentera feudal yang dilengkapi senjata tapi kalangan korporat, kapitalis yang bersekutu dengan politikus yang membentuk kronisme moden.

Mereka berada di atas undang-undang kerana sistem hukum dicipta untuk kepentingan mereka.

Ada orang yang sudah dijatuhi hukuman bebas ke mana sahaja termasuk bermain golf di luar negara kerana wujudnya sistem yang membebaskan mereka.

Walaupun sudah menyamun berbilion ringgit, ada yang tergamak memanggilnya 'bos' semata-mata kerana nilai jenayah yang dilakukan.

Bagi orang bawahan yang mengharapkan naungan atasan, mereka sanggup membisu apabila balak ditebang, pulau dijadikan tanah kesultanan.

Gara-gara kemiskinan, sistem kasta yang sudah lama dibanteras oleh Mahatma Ghandi seakan-akan wujud semula.

Rakyat bawahan akan kekal dalam sistem perhambaan moden. Kemiskinan, putus asa dan rendah diri akan menjadi barah dalam masyarakat.

Sarjana, profesor, cendekiawan dan cendawan sepatutnya membantu membentuk peradaban, bukan mencemuh.

Penulis ialah IMLAN ADABI, mantan wartawan dan sasterawan.

Semoga memberi manfaat.

Thursday, November 24, 2022

5 Bola Paling Mahal Di Dunia!

5 Bola Paling Mahal Di Dunia!

Nilai bola sememangnya berbeza-beza bergantung pada perlawanan bola sepak, tempat pemain menggunakan bola, jika ia ditandatangani oleh seseorang yang terkenal atau jika ia mempunyai warisan sejarah.

Kami kongsikan senarai 5 bola paling mahal di dunia dengan sesetengah daripada bola ini sememangnya bola sebenar yang boleh digunakan dalam permainan bola sepak profesional sementara ada segelintir daripadanya mempunyai nilai tinggi kerana ciri unik padanya.

Namun, dengan harganya yang tidak masuk akal dan bahan binaannya itu, kita tahu bahawa bola ini dibuat sebagai koleksi semata-mata dan bukannya dibuat untuk perlawanan sebenar.

1. Bola Berlian Shimansky
Harga: $2,500,000

Bola Berlian Shimansky

Bola yang diperbuat dari berlian 3,500 karat ini, menjadikan ia bola bola paling mahal di dunia.

Bola bertatahkan berlian ini mempunyai 6,620 berlian putih dan 2,640 berlian hitam dipisahkan ke dalam tompok bola yang sesuai. Ia mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.

Bola ini direka untuk Piala Dunia FIFA 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan. Pereka barang kemas Yair Shimansky mencipta bola ini untuk meraikan kejohanan itu.

Replika bola ini yang diperbuat dari kristal pula telah dilelong di mana hasil lelongan didermakan ke badan kebajikan.

2. Bola Berlian milik Benzema
Harga: $250,000

Bola Berlian Benzema

Bola kedua termahal dunia ialah bola bertatahkan berlian, bernilai suku juta dolar yang dibeli oleh pemain bola sepak Perancis, Karim Benzema.

Menurut tukang emas Dave Bling dan pasukannya, Benzema menghubungi mereka dengan permintaan untuk mencipta bola 1,250 karat.

3. Bola Piala Dunia Louis Vuitton 1998
Harga: $3,500-$5,500

Bola Piala Dunia Louis Vuitton 1998

Salah satu bola termahal ialah bola keluaran Louis Vuitton Edisi Terhad yang dibuat untuk Piala Dunia Perancis pada tahun 1998.

Bola itu diperbuat daripada kulit, dalam corak monogram Louis Vuitton "LV" dan Louis Vuitton/Paris/Made in France dicap pada bahagian bawah bola.

Bola LV berwarna coklat sebagai warna utamanya ini mempunyau beberapa corak butiran persegi emas.

Apabila jenama ini mengumumkan pengeluaran bola mahal ini, peminat terkejut dengan tanda harga, seolah-olah anda membayar untuk nama jenama dengan populariti besar di dunia moden.

Tengok jenama LV sahaja pun kita boleh agak bola ini dijual kerana jenamanya dan untuk dijadikan sebagai koleksi semata-mata.

4. Bola Ditandatangani 12 Pemain Barcelona
Harga: $2,300

Bola Ditandatangani 12 Pemain Barcelona

Satu lagi bola yang ditandatangani ialah Bola Nike Barcelona 2021/2022 dengan pelbagai tandatangan.

Bola itu ditandatangani tangan oleh pemain FC Barcelona Adama Traore, Dani Alves, Ferran Torres, Jordi Alba Ramos, Nico Gonzales, Ronald Araujo dan Xavi Hernandez, sekadar memberikan beberapa nama.

Bola tandatangan berbilang pemain Barcelona ini dijual di laman web Sports Memorabilia dengan harga $2,300 dalam keadaan sangat baik.

Bola ini telah dilesenkan secara rasmi, dengan reka bentuk 12 panel yang licin dan belon getah di dalamnya untuk membantu tekanan udara apabila bola ditendang atau dibaling.

Bola keluaran Nike ini boleh digunakan untuk permainan sebenar, walau bagaimanapun kerana harganya yang begitu mahal, ia sememangnya barang koleksi untuk peminat Barcelona.

5. Bola Liga Juara-Juara Eropah Ditandatangani Lionel Messi
Harga: $1,900

Bola Liga Juara-Juara Lionel Messi

Bola yang ditandatangani ini telah meningkatkan nilainya kerana Lionel Messi dan tandatangan tulisan tangannya di sisi.

Bola sepak ini telah ditandatangani semasa Liga Juara-Juara UEFA 2021, di mana Lionel Messi bermain untuk Paris Saint-Germain.

Pasukan Messi tidak bermain di perlawanan akhir, tetapi memandangkan Messi digelar "Maradona baharu" kerana kejayaannya, tandatangannya itu dianggap lebih bernilai daripada pemain lain.

Musim 2021/2022 pasukannya dianggap mengecewakan kerana mereka tewas pada Pusingan ke-16 kejohanan Juara UEFA.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Wednesday, November 23, 2022

Sejarah Asal Nama FIFA Dan Kenapa Piala Dunia Berlangsung Setiap 4 Tahun

Sejarah Asal Nama FIFA Dan Kenapa Piala Dunia Berlangsung Setiap 4 Tahun

Piala Dunia dikenali sebagai kejohanan yang berlangsung setiap 4 tahun sekali, dengan hak penganjuran sebagai tuan rumah berpindah-pindah di antara benua. Namun, kenapa Piala Dunia berlangsung setiap 4 tahun?

Kenapa FIFA Setiap 4 Tahun

Sebelum bermulanya kejohanan Piala Dunia, temasya Sukan Olimpik moden sudah jauh lebih awal pada tahun 1896. Salah satu acara yang cuba dipertandingkan dalam temasya Olimpik adalah bola sepak.

Kisahnya, dalam era tersebut disebabkan kekangan logistik dan fasiliti yang boleh diguna pakai, perlawanan bola sepak biasanya terhad dianjurkan dalam kejohanan tempatan, dikendalikan oleh persatuan bola sepak peringkat daerah atau negeri.

Jarang masyarakat ketika itu dapat menyaksikan perlawanan di antara negara berlangsung kecuali bagi negara-negara berjiran; seperti perlawanan di antara England dengan Scotland yang berlangsung pada tahun 1872.

Perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan itu, menjadi perlawanan pertama dalam sejarah masyarakat dunia menampilkan dua pasukan yang mewakili dua negara berentap atas padang.

Sambutan penyokong serta masyarakat antarabangsa yang mahu melihat pasukan-pasukan negara berentap antara satu sama lain, membolehkan bola sepak dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik 1900 di Paris, Perancis sebagai acara persembahan.

Penubuhan FIFA

Bagi memperkemas perkembangan sukan agar berkembang ke satu hala tuju yang konkrit, usaha menubuhkan sebuah badan khusus bagi menyelia sukan bola sepak dijalankan.

Beberapa negara Eropah mula berbincang sesama mereka bagi menubuhkan satu jawatankuasa khas memantau perjalanan dan susun atur sukan itu pada tahun 1904, dengan penyertaan negara seperti Perancis, Belgium, Denmark, Belanda, Sweden dan Switzerland.

Sepanyol pula ketika itu tiada wakil negara, diwakili pentadbir kelab Madrid Football Club (kini Real Madrid).

Mereka bersepakat mewujudkan kerjasama menubuhkan Fédération internationale de Football Association, diolah menggunakan bahasa Perancis dengan singkatannya FIFA, oleh kerana Perancis menawarkan diri menjadi tuan rumah persidangan kali pertama.

Itulah sebabnya nama FIFA secara rasmi terus ditulis dalam bahasa Perancis sehingga sekarang. Mesti ramai tak perasan nama penuh FIFA sebenarnya bukan dalam bahasa Inggeris kan?

Berikutan kejayaan penubuhan sebuah badan khusus mentadbir perjalanan sukan bola sepak, FIFA mula diberikan peluang memainkan peranan menyokong penganjuran acara bola sepak bermula dalam beberapa kejohanan lain pada tahun 1906 dan sukan Olimpik bermula dengan temasya 1908.

Bergantung Kehendak Sukan Olimpik

Bersetuju untuk menjalinkan kerjasama, Jawatankuasa Olimpik dan FIFA memulakan hubungan pertama secara rasmi dengan penganjuran acara bola sepak Olimpik 1908 di London.

Bagaimanapun kebanyakan perlawanan berkesudahan dengan keputusan yang agak berat sebelah, berikutan kualiti pemain yang tidak seimbang antara negara yang menghantar pasukan.

Punca utamanya adalah disebabkan syarat ketat Olimpik memerlukan semua peserta atau pemain yang bertanding dalam temasya, haruslah bergelar seorang atlet amatur.

Syarat ini menjadi kekangan utama untuk negara-negara yang pada ketika itu sudah mula membentuk skuad bola sepak sendiri, dibarisi pemain-pemain berstatus profesional.

Situasi pemain amatur ini kekal dalam beberapa siri kejohanan Olimpik, menyebabkan FIFA mula merasakan kemajuan sukan bola sepak tidak boleh berlaku selagi mana mereka masih menuruti syarat penganjuran Olimpik.

Status amatur yang wajib diikuti dikhuatiri FIFA, hanya mengakibatkan banyak pasukan gagal menyediakan pasukan yang benar-benar mantap beraksi.

Faktor inilah yang menjadi punca kenapa kepimpinan tertinggi FIFA mengorak langkah mahu mewujudkan satu kejohanan berbeza di bawah payung sendiri.

Temasya Olimpik 1928 di Belanda menyaksikan bola sepak menjadi acara paling popular dengan menyaksikan Uruguay menewaskan Argentina untuk memenangi pingat emas.

Menyedari itulah detik terbaik untuk mereka berpecah dari Olimpik, FIFA memulakan pelan kejohanan bola sepak antara negara dengan sasaran kejohanan pertama akan dimulakan dalam tahun 1930.

Berpecah Dari Olimpik

Bagi memastikan peminat sukan bola sepak tidak terkeliru dengan kewujudan satu kejohanan bola sepak baru, FIFA mengumumkan bola sepak tidak akan dipertandingkan dalam tahun 1932.

Hanya satu kejohanan, iaitu kejohanan Piala Dunia 1930 diambil kira sebagai kejohanan bola sepak rasmi yang disahkan FIFA.

Walaupun sudah berpisah, FIFA tetap menghormati jasa baik Olimpik yang sudah memberikan mereka platform pendedahan dan tapak mula.

Demi memastikan penjadualan kedua-dua buah kejohanan tidak terganggu, FIFA bersetuju untuk menganjurkan Piala Dunia setiap 4 tahun sekali sama seperti Olimpik, dengan penganjurannya berlangsung dalam tahun ke 2 selepas setiap kali Olimpik berlangsung.

Penganjuran Piala Dunia 1930 bertempat di Uruguay, menyaksikan tuan rumah mengulangi pencapaian mereka di Olimpik 1928 dengan membenam Argentina 4-2, melayakkan Uruguay bergelar pemenang pertama Piala Dunia.

Kejohanan yang disertai 13 buah negara majoritinya oleh pasukan dari benua Amerika Selatan disebabkan oleh kesukaran pasukan dari Eropah untuk hadir, tetap diterima baik membuktikan Piala Dunia boleh berkembang lebih besar.

Penganjuran dalam zaman moden

Ura-ura cadangan untuk menukarkan kejohanan sukan bola sepak Piala Dunia kepada kejohanan 2 tahun sekali, masih dalam proses perbincangan pihak terlibat.

Cadangan ini didasari berdasarkan kadar keuntungan yang lebih kerap boleh dijana, berikutan kekerapan penganjuran yang meningkat seandainya cadangan ini dapat dilaksanakan.

Namun, jika dinilai dalam aspek sekarang, 4 tahun jarak di antara setiap kejohanan Piala Dunia sebenarnya harus dilihat wajar dikekalkan.

Ini kerana skop penganjuran perlu ditanggung negara tuan rumah bagi mempersiapkan fasiliti yang diperlukan, jauh lebih besar berbanding Piala Dunia edisi terdahulu.

Seandainya dinilai pada aspek pemain dan pasukan, dalam zaman sekarang pun sudah wujud kejohanan bersifat dalam benua seperti Piala Asia, Piala Eropah dan Piala Negara-Negara Afrika yang mengisi kalendar kejohanan, dianjur berselang 2 tahun dengan tarikh Piala Dunia.

Adakah pertukaran penganjuran Piala Dunia ke 2 tahun sekali lebih baik atau hanya akan mengakibatkan lambakan kejohanan sehingga Piala Dunia hilang prestijnya?

Ada kemungkinan situasi sebegitu akan berlaku, tetapi kita yakin potensi penganjuran yang membawa kepada janaan untung komersial sudah menjadi satu kepentingan yang tidak lagi dapat dihiraukan.

Bila agaknya Piala Dunia akan berlangsung 2 tahun sekali?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Sejarah Kerajaan Minoriti Di Seluruh Dunia, Kebaikan Dan Keburukannya

Sejarah Kerajaan Minoriti Di Seluruh Dunia, Kebaikan Dan Keburukannya

Kerajaan minoriti adalah sebuah kerajaan yang dibentuk oleh sesebuah parti atau beberapa parti yang tidak mempunyai kelebihan majoriti di Parlimen.

Di bawah kerajaan ini, polisi atau undang-undang hanya boleh diluluskan selepas mendapat sokongan bilangan ahli parlimen mencukupi sekaligus menggalakkan penglibatan parti-parti dalam parlimen.

Kerajaan minoriti Malaysia

Bagaimanapun, ia tidak stabil berbanding kerajaan majoriti, kerana sekiranya ahli-ahli parlimen yang menentang tidak bersetuju dengan polisi yang hendak diluluskan, mereka boleh menolak atau mengadakan undi tidak percaya terhadap kerajaan berkenaan.

Justeru, untuk mengelak perkara sebegitu berlaku, kerajaan minoriti harus membentuk perjanjian keyakinan dan bekalan dengan parti-parti tertentu atau ahli parlimen bebas.

Perjanjian ini ialah parti-parti tertentu atau bebas bersedia menyokong kerajaan minoriti dengan undi kepercayaan atau menyokong usul belanjawan kerajaan sama ada dengan mengundi sokong atau memilih berkecuali.

Namun, parti-parti ini masih mempunyai hak mengundi usul-usul yang memihak kepada mereka atau berdasarkan hati nurani mereka dalam usul perundangan.

Aturan sebegini bukan perkara baru dalam soal kerajaan minoriti. Misalnya pada tahun 2017, selepas Parti Konservatif UK gagal membentuk majoriti, mereka membuat perjanjian keyakinan dan bekalan dengan Parti Kesatuan Demokratik (DUP).

Tetapi, mampukah kerajaan minoriti yang dicadangkan itu berlaku di Malaysia?

Kerajaan minoriti memerlukan ihsan dari pihak lawan untuk meluluskan undang-undang atau polisi yang cuba dilaksanakan, sekaligus menjadikan kerajaan tersebut kerajaan yang lemah.

Ini berlaku kepada kerajaan Parti Buruh UK pada tahun 1977. Perdana Menteri ketika itu, James Callaghan berhadapan usul undi tidak percaya dari parti-parti pembangkang.

James Callaghan baru saja menjawat jawatan berkenaan selama setahun menggantikan Harold Wilson.

Untuk mengelak situasi undi tidak percaya berlaku kepada mereka, James Callaghan mengadakan perjanjian dengan Parti Liberal Demokrat yang diketuai David Steel.

Sebagai tukaran kepada sokongan dalam usul undi tidak percaya, beberapa cadangan parti berkenaan akan diterima oleh Parti Buruh.

Namun, perjanjian tersebut ditamatkan pada September 1978 dengan Parti Buruh mengumumkan tidak mengadakan pilihan raya umum pada musim luruh 1978 dan akibatnya, kerajaan James Callaghan ditumbangkan dalam usul undi tidak percaya pada Mac 1979.

Ini memaksa beliau mengadakan pilihan raya beberapa bulan selepas itu dan pada Mei 1979, Parti Konservatif yang diketuai Margaret Thatcher menduduki No 10 Downing Street.

Situasi sama turut melanda India pada tahun 1996 hingga 1998. Pada tahun itu, 13 parti kecil membentuk satu perikatan politik yang dipanggil Barisan Bersatu (UF/BB).

Pada pilihan raya umum 1996, keputusan pilihan raya menyaksikan tiada parti berjaya meraih kelebihan majoriti.

Parti Bharatiya Janata (BJP) mempunyai bilangan kerusi terbesar iaitu 161 kerusi dari 543 kerusi dan dijemput membentuk kerajaan. Hasilnya, Atal Bihari Vajpayee dilantik sebagai Perdana Menteri.

Tetapi Atal Bihari Vajpayee gagal mendapat sokongan majoriti di Parlimen dan kerajaannya tumbang 13 hari kemudian.

Selepas itu, Parti Kongres yang mempunyai 140 kerusi dijemput melakukan perkara sama tetapi menolak berbuat demikian.

Ini yang membawa kepada pembentukan kerajaan BB yang disokong Parti Kongres dan Parti Komunis India-Marxist (PKI-M) dengan H.

D. Deve Gowda dilantik sebagai Perdana Menteri, bagaimanapun beliau hanya bertahan setahun (1 Jun 1996 – 21 April 1997) apabila Kongres menarik balik sokongan atas alasan tiada komunikasi antara BB dengan parti berkenaan.

Bagaimanapun, Parti Kongres beralah apabila BB melantik I. K. Gujral sebagai Perdana Menteri baru.

Malangnya, I K. Gujral hanya bertahan selama setahun (21 April 1997 – 19 Mac 1998) sebelum kerajaannya tumbang gara-gara pelbagai kontroversi berlaku ketika itu yang mendorong Parti Kongres menarik diri.

Justeru, sekiranya idea kerajaan minoriti diteruskan juga, permusuhan dan perbalahan membabitkan drama politik negara takkan berakhir.

Ia akan terus dimainkan sehingga ke satu tahap dimana negara akan berada dalam keadaan pegun kerana dasar dan polisi tak boleh dibuat.

Dalam keadaan negara yang sedang berhadapan dengan krisis ekonomi yang semakin hari semakin teruk, rakyat memerlukan kerajaan yang kuat.

Justeru, perlunya sebuah kerajaan yang memiliki mandat semula daripada rakyat untuk memperbaiki keadaan.

Bayangkan, dengan kerajaan sebelum ini pun ekonomi negara sudah tunggang-langgang, memperjudikan nasib dengan menyokong kerajaan minoriti yang juga menunggu masa untuk rebah adalah sangat membebankan.

Kalau anda sendiri seorang pelabur, adakah anda akan masuk melabur di Malaysia?

Itu baru masalah ekonomi, belum lagi masalah-masalah lain seperti masalah sosial dan hubungan antara kaum.

Sama-samalah kita menyuarakan dengan tegas mandat memilih kerajaan dikembalikan kepada rakyat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Tuesday, November 22, 2022

Penubuhan Kerajaan Minoriti Jika Tiada Majoriti Mudah

Penubuhan Kerajaan Minoriti Jika Tiada Majoriti Mudah

Yang di-Pertuan Agong perlu melantik seorang Perdana Menteri walaupun mungkin partinya tidak mempunyai cukup majoriti dalam PRU, bagi membentuk sebuah kerajaan minoriti jika tiada penyelesaian kukuh untuk mendapatkan sebuah kerajaan majoriti.

Politik jijik

Ia berikutan kerajaan sementara bukan sebuah kerajaan sebenar dan hanya berfungsi untuk jangka masa pilihan raya dijalankan sehingga sebuah kerajaan baharu dibentuk.

Meskipun perlembagaan tidak secara spesifik menawarkan formula yang tuntas dalam keadaan hung parliament, namun wujud alternatif selain kerajaan yang didirikan atas keadaan simple majority (majoriti mudah).

Jika menurut amalan negara Komanwel, Yang di-Pertuan Agong akan melantik Perdana Menteri dalam kalangan parti yang mendapat majoriti tertinggi dan kerajaan ini kemudiannya akan diberi masa untuk membentuk kerajaan baharu atau melantik mana-mana pihak untuk bersamanya.

Perdana Menteri baharu itu juga mempunyai pilihan untuk memasuki Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA), seperti yang berlaku pada awal pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.

Tanpa penubuhan sebuah kerajaan baharu, bajet juga tidak dapat dibentang di Parlimen untuk diluluskan.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melantik mana-mana Ahli Parlimen dengan anggapan individu itu boleh mendapat sokongan yang banyak tanpa bukti kerusi parti yang dimenangi pada PRU.

Penggunaan surat sumpah berkanun (SD) juga boleh bertindan (duplicate), selain ia walaupun diterima pakai tetapi tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kerana bukti paling utama dalam pilihan raya umum datangnya daripada rakyat melalui peti undi.

Rakyat telah memilih parti dan parti itu yang akan menamakan calon Perdana Menteri.

Undi popular juga boleh digunakan dalam pemilihan Perdana Menteri, seperti dalam demokrasi lain di dunia, walaupun ia bukan amalan biasa dikalangan negara Komanwel, namun penggunaan undi popular boleh diambil kira untuk memilih calon Perdana Menteri

Mungkin ada yang akan bertanya: Adakah kerajaan minoriti itu akan dilihat stabil?

Tiada undi tak percaya

Dengan adanya undang-undang antilompat parti, keadaan akan boleh menjadi stabil meskipun ia hanya berstatus kerajaan minoriti.

Mungkin juga ada yang bertanya: Macam mana sekiranya ada undi tidak percaya dikemukakan?

Fenomena undi tidak percaya boleh diatasi melalui sebuah mekanisme yang dipanggil CSA (Confidence-Supply Agreement) atau dikenali juga sebagai perjanjian keyakinan dan pembekalan.

Ia boleh dimeterai di antara kerajaan dengan gabungan politik atau dengan parti-parti tertentu.

Secara mudahnya, melalui perjanjian tersebut sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk.

Sebagai balasan atau imbalan pula, pihak yang memetarai CSA dengan kerajaan minoriti itu tidak akan dibenarkan untuk melakukan perkara tertentu, seperti tidak boleh bertindak mengemukakan undi tidak percaya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Thursday, November 17, 2022

Kelicikan Bank Menipu Dengan Sistem Riba

Kelicikan Bank Menipu Dengan Sistem Riba

Sekitar 1970-an, industri perbankan adalah sebuah pasaran yang membosankan. Orang datang bank untuk menyimpan duit, yang dibelanjakan bank demi keuntungan. Dan hasil keuntungan ini, bank mampu memberi pinjaman berfaedah (loan with interest).

Kelicikan Sistem Riba

Jadi, konsep bank adalah untung membuat untung – produk yang mencipta produk baru. Masuk 1990-an, bank meluaskan rantaian ini. Produk mencipta produk baru yang mencipta produk lebih baru. Rantaian bertambah; bank melebarkan untung. Puncanya adalah pemacuan ekonomi yang sangat baik.

Antara 1980 sampai 2000, Amerika Syarikat berada di puncak dari segi kewangan dan global. Kekayaan mereka memang luar biasa, tidak tercabar mana-mana musuh.

Tetapi sekitar dekad inilah timbul satu musuh baharu, iaitu diri mereka sendiri. Dan seluruh dunia bergegar apabila industri perbankan mula memandang enteng pada tanggungjawab mereka.

Umumnya jutaan orang meminjam daripada bank untuk membeli rumah. Jadi mereka perlu membayar dengan faedah. Katakanlah pinjam AS$50,000 dan bayar balik AS$270 setiap bulan selama 30 tahun. Cukup 30 tahun, jumlah bayaran adalah AS$97,200. Jadi bank mendapat untung sebanyak AS$47,200.

Itu seorang. Kalau sejuta peminjam, sudah AS$47.2 bilion. Katakanlah bank ada 2,000 peminjam (AS$94.4 juta). Semua pinjaman ini disumbat dalam satu kolam, menjadi alat bernama Mortgage-Backed Security (MBS) (Erturk & Gabor, 2016).

Konsepnya mudah: tiada individu atau syarikat yang tidak akan membayar pinjaman rumah. Jadi, jaminan untung bank menjadi alat untuk membuat untung.

Mereka menjualnya dalam bentuk bon pada agensi kerajaan atau bank pelaburan yang kemudian meminjamkannya kepada pelabur-pelabur lain.

Dan pada tahun 2002, bank-bank Amerika Syarikat rata-ratanya menstrukturkan alat MBS menjadi sejenis kek.

Bon besar membuat kek yang dipotong pula untuk hidangan pelabur. Konsepnya masih sama: menjana pendapatan melalui faedah semata-mata.

Tetapi macam biasa, kalangan pelabur pun ada kasta. Kek takkan dipotong secara saksama. Sesiapa yang bayar lebih, dapat potongan lebih besar.

Jadi, jika ada pembeli rumah tidak dapat membayar balik pinjaman, pelabur yang pegang potongan paling kecil akan kena dulu. Soalan sama masih menyantuni mereka: pembeli mana yang takkan bayar pinjaman rumah?

Dan santunan ini menjadi punca mereka bertambah tamak. Mereka meringankan kemudahan untuk buat pinjaman. Sampai ke tahap pengutip buah dengan pendapatan AS$14,000 setahun tanpa kemampuan bercakap bahasa Inggeris tiba-tiba layak meminjam untuk membeli rumah berharga AS$724,000.

Kadar faedah ditetapkan pada masa itu sangat rendah (tetapi boleh diapung setiap tahun) dan masuk tahun 2006, mimpi ngeri mula melanda apabila kadar faedah menunjukkan trend kenaikan (kerana individu mampu meminjam untuk membeli rumah).

Tidak cukup dengan itu, mereka membuat sistem pertaruhan pada potongan kek tersebut. Sepotong kek katakanlah melibatkan pelaburan AS$1 juta. Dua orang belakang membuat pertaruhan: "Saya bertaruh dia akan dapat duit itu."

Katakanlah untung pertaruhan ini adalah AS$2 juta. Kemudian dua orang di belakang dua orang ini membuat pertaruhan baru, "Saya bertaruh orang depan kita akan dapat AS$2 juta itu."

Dan dua orang belakangnya sambung lagi dalam sebuah rantaian yang bergantung pada potongan kek tadi. Maka begitulah rantaiannya sampai ke orang belakang yang entahnya tidak tahu pun apa yang sedang dipertaruhkan. AS$1 juta sekarang boleh jadi AS$200 bilion.

Sekarang, apa jadi kalau potongan kek tidak mendapat AS$1 juta? Tetapi mana mungkin tidak dapat, sebab pelaburan potongan kek ini bergantung pada pinjaman rumah. Dan pembeli mana yang takkan bayar pinjaman rumah?

Dua tahun kemudian, dua perkara berlaku: Individu sudah tidak mampu membeli rumah dan peminjam sedia ada tidak mampu membayar balik, kerana kadar faedah melambungkan bayaran bulanan mereka hingga ke tahap tidak mampu dibayar.

Akhirnya apa yang terjadi? Dari bawah, sistem kewangan yang mereka bina mulai runtuh, membαhαm semua pelabur, menyebabkan krisis kewangan begitu kronik, teruk dan jijik.

Dan percayalah, inilah punca ramai semakin hilang kepercayaan pada industri perbankan.

Sekarang sudah ada alternatif seperti matawang kripto yang mampu menyimpan duit dalam sistem blok rantai kerana katanya lebih selamat berbanding bank (David, 2022).

Pengguna hanya perlu memastikan kesahihan sebuah kripto, seperti Bitcoin, Ethereum dan Uniswap misalnya. Dan satu-satunya bαhαyα kripto sah adalah turun naik nilainya. Kena berlaku adil – ini perkara biasa, kerana nilai emas pun ada naik turun.

Namun, fenomena emas dan matawang kripto lebih mudah difahami, berbanding alasan diberi pihak perbankan setiap kali masalah berbangkit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Friday, September 09, 2022

Membandingkan Pencuri Dengan Nabi Yusuf Dan Nelson Mandela

Membandingkan Pencuri Dengan Nabi Yusuf Dan Nelson Mandela

Banduan sakit - termasuk sakit perut - di dalam penjara bukan sesuatu yang luar biasa. Sakit perut yang berulang dan masalah ulser bukan pelik kerana kehidupan di sebalik tembok konkrit dan jeriji besi tidak sama dengan kehidupan di luar.

Pencuri suci
Gambar hiasan.

Di dunia bebas, seseorang boleh bergerak ke mana-mana dan makan apa saja. Malah, dia boleh disanjung dan dipuja juga.

Di dalam tembok yang mengurung itu, seseorang banduan diajar supaya berfikir dan membentuk sahsiah lebih baik. Di dalam sana juga ada peraturan yang dinamakan disiplin dalam penjara.

Seseorang tahanan tidak bebas keluar masuk ke ruang makan atau bebas mendapat hidangan apa sahaja pada bila-bila masa.

Jika di luar penjara, seseorang itu bebas berhibur seperti mendengar lagu Madah Berhelah berkali-kali tanpa sekatan, tetapi di dalam, mengidamkan mocha istimewa pun belum tentu dapat.

Cuma, di dalam kurungan itu tidaklah lagi seseorang boleh diganggu oleh arahan atau leteran sesiapa, termasuk isteri sendiri.

Penjara bukan untuk memenjarakan minda seseorang, tapi untuk membugar keinsafan. Penjaralah yang melahirkan ramai tokoh besar dunia dalam pelbagai sektor. Penjara juga ruang untuk mendidik seseorang supaya berjiwa besar.

Nabi bukan pencuri

Justeru tidak aneh apabila ada orang yang membandingkan seorang banduan dengan mendiang Nelson Mandela, serta bersandar kepada ibrah teraniayanya Nabi Yusuf a.s.

"Mungkin ini adalah cara Allah SWT untuk mengangkat darjat dengan lebih tinggi," kata seorang anak lelaki kepada seorang banduan.

"Itulah yang berlaku kepada Nabi Yusuf yang dipenjarakan atas tuduhan palsu."

Dia juga berkata, "Apabila bebas Nabi Yusuf diangkat sebagai menteri berkuasa lagi bijaksana di Mesir. Nelson Mandela yang menentang dasar aparteid - apabila bebas - diangkat sebagai presiden Afrika Selatan yang berjaya menyatupadukan orang kulit putih dan bangsa Afrika."

Ramai yang sinis dengan hujah itu. Membandingkan seorang pencuri dengan Nabi Yusuf adalah tidak masuk akal.

Nabi Allah itu dipenjara kerana perjuangan menegakkan agama Allah. Nabi tidak mencuri dan nabi bukan mat sakau.

Nelson Mandela pula melupakan keselesaan hidup semata-mata mahu membentuk Afrika Selatan yang makmur dan saksama. Nelson Mandela tidak menubuh syarikat untuk mengaut duit negara.

Isteri Mandela tidak ada beg Bijan atau berlayar dengan kapal mewah ke kawasan peranginan dunia.

Nelson Mandela menanggung risiko menghabiskan lebih suku abad daripada hidupnya di dalam penjara yang terletak di Pulau Robben, Cape Town, yang kemudian dipindahkan ke Penjara Pollsmoor, Afrika Selatan.

Nelson Mandela bukan pencuri. Dia adalah pejuang kemerdekaan di negaranya.

Pada 7 November 1962, Nelson Mandela dijatuhi hukuman lima tahun penjara atas tuduhan meninggalkan negara secara haram dan menghasut kelompok pekerja untuk memberontak terhadap kerajaan kulit putih.

Sebelum dipindahkan ke Pulau Robben, selama tujuh bulan pertama dia menjalani hukuman di penjara Pretoria.

Di dalam penjara Pulau Robben yang berukuran tidak lebih dari lima meter itu, Nelson Mandela tidur beralaskan tikar tipis, kekurangan makanan dan turut mengalami penyeksaan.

Dia dilarang membaca akhbar dan buku kerana bimbang mendapat akses kepada maklumat di luar. Nelson Mandela tidak mengadu sakit perut, gastrik atau ulser dalam perut.

Rumah akal

Bertahan selama 27 tahun dalam kurungan adalah penyeksaan yang luar biasa. Jasad terkurung, namun roh dan semangatnya berterbangan melintasi garis sempadan geopolitik.

Nelson Mandela menggunakan pengetahuan hukumnya untuk mengkritik masalah penindasan, pelecehan dan kekerasan terhadap bangsa kulit hitam.

Ketika Nelson Mandela menghembus nafas terakhirnya pada 5 Disember 2013, namanya terus hidup merentasi segala benua dan lautan. Ia berterbangan dengan penuh harum, bukannya bersama kejian dan cacian.

Tentunya Nelson Mandela dikenang kerana kebaikan dan kesungguhannya menentang penindasan dan tidak terpalit dengan jenayah mencekau wang bernilai berbilion ringgit.

Di rantau sini, ada Pramoedya Ananta Toer, juga rekod peribadi yang baik ketika dalam tahanan. Katakan apa sahaja tentang beliau - pengganas, tali barut komunis dan anti-Islam, dia adalah susuk kemanusiaan yang tegas dan dipancarkan melalui novelnya.

"Penjara adalah rumah akal," kata Pramoedya.

Pada 13 Oktober 1965, rumahnya di Utan Kayu, Jakarta Timur, dilempari batu oleh segerombolan pemuda. Pintu rumahnya hancur.

Dia yang sibuk menulis saat itu, meneriaki mereka. Kakinya terluka kena lemparan batu. Ketika hendak melawan, tentera datang mencegah.

"Mari Pak, kita amankan!"

Pramoedya tidak tahu apa yang terjadi. Dia hanya membawa beberapa naskhah buku, kotak fail, mesin taip dan manuskrip yang harus diselesaikan.

"Saya kira diamankan dari gerombolan pemuda ini. Enggak tahu ditahan selama 14 tahun," kata Pramoedya seperti dikutip dari buku Pram Melawan (2011).

Seluruh barangnya disita. Yang paling membuat Pram sedih, banyak naskhah karangannya dibakar. Badannya digebuk sampai hampir tidak sedarkan diri. Pembantaian yang dialami saat itu merosak deria pendengarannya.

Telinga kirinya luka parah hingga kadang-kadang mengeluarkan darah sampai dia tua.

Pram dipindah-pindahkan dari tahanan tentera ke Cipinang, Tangerang, Nusa Kambangan, hingga tahanan di Pulau Buru. Penangkapan itu menjadi titik penting dalam hidupnya.

Ia membentuk Pram menjadi sosok yang keras, penuh kemarahan dan bergelora dengan hasrat melawan. Semua itu tertuang dalam tulisannya.

Lebih daripada 50 karyanya berhasil diterbitkan dan diterjemahkan ke 41 bahasa. Sejumlah penghargaan antarabangsa diterimanya, termasuk Anugerah Magsaysay.

Hari ini, karya-karya Pram masih laris dibeli, dicari dan terus dicetak ulang.

Penjara juga menciptakan karya besar daripada dua orang ini: Buya Hamka (1908 - 1981) dan William Addis (1734 - 1808).

Dalam jeriji penjara, Hamka menyelesaikan kitab Tafsir al-Azhar sebanyak 30 juzuk, manakala di penjara London, Addis mendapat inspirasi mencipta berus gigi yang kemudian membuatnya kaya-raya.

Hamka ditangkap pada awal Ramadhan 1964 oleh rejim Sukarno atas tuduhan berkomplot merencanakan pembunuhan presiden. Tuduhan itu tidak masuk akal kerana Hamka tidak lagi berpolitik kerana parti Masyumi sudah dibubarkan Sukarno pada 1960.

Sukarno bahkan sebenarnya bimbang kritikan Hamka terhadap penindasan demokrasi akan menyebabkan massa memberontak.

Di penjara Sukabumi, Hamka diseksa hingga sakit. Setelah dirawat di Hospital, dia menjalani tahanan di Rumah Tahanan Tentera Jakarta.

Di situlah Hamka banyak menggunakan waktunya menyiapkan Tafsir Al-Azhar dan ia muncuyl sebagai karya besar. Itulah tafsir Quran dalam bahasa Indonesia yang lengkap analisisnya.

Tafsir Al-Azhar mendapat penghargaan dari Universiti Al-Azhar Mesir. Universiti Kebangsaan Malaysia pula menganugerahkan gelar doktor kehormatan kepada Hamka, selain dia juga mendapat gelaran profesor dari Universiti Moestopo, Jakarta.

Addis sentiasa berterima kasih kepada penjara kerana membentuknya menjadi kreatif. Dia dimasukkan ke penjara pada 1770 kerana dituduh menjadi dalang rusuhan.

Dalam penjara dia membuat berus gigi berbulu kerana cara menggosok gigi gaya Eropah yang menggunakan kayu berhujung kain ketika itu tidak praktikal. Sisa makanan di celah gigi susah dibersihkan.

Setelah keluar dari penjara, Addis mengeluarkan berus gigi 'model baru' yang diguna pakai sebelum diubah suai sehingga kini. Inovasi itu menjadikan Addis jutawan bertaraf dunia.

Ramai tokoh besar dipenjara di Malaysia kerana pelbagai tuduhan yang sukar diterima.

Pak Sako, Ahmad Boestaman, Said Zahari, Kasim Ahmad, A Samad Ismail, Abdullah Majid adalah antara nama yang menerima takdir tidak pernah diramalkan.

Mereka menjadikan penjara sebagai sempadan untuk mendewasakan jiwa.

Penjara bukan kurungan akal. Penjara bukan untuk memanjakan diri dengan sakit perut, ulser dan gastrik. Penjara untuk mendidik jiwa merdeka.

Apa pun pertuduhan, realiti penjara cukup melelahkan bagi seseorang yang sentiasa mengharapkan pengampunan segera.

Justeru bossku, can I advise you something?

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Thursday, May 05, 2022

'Anjing-Anjing Menyerbu Kuburan'

'Anjing-Anjing Menyerbu Kuburan'

Ada satu cerita dari sebuah cerpen, kisahnya seorang pengamal sihir yang menggali mayat baru dikebumikan untuk menggigit telinga si mati. Sedang dia melakukan perbuatan korup tersebut, anjing-anjing liar datang menyerbu untuk membaham mayat itu.

Pemimpin Pendusta

Watak dalam cerpen itu berebutkan jenazah tersebut dengan anjing. Oleh gonggong dan hilai anjing yang nyaring, orang kampung terjaga dan berlarian ke pusara.

Sekelompok yang benar dan waras segera tahu ada pencuri di kubur, kerana coraknya dan lojiknya begitulah.

Akan tetapi yang lebih celaka dan aneh ialah, ada sekumpulan orang kampung lain yang bodoh dan bebal, apakala melihat si pengamal sihir sedang mengusir anjing dari mayat, menyangkakan ia itu penyelamat. Si pencuri telinga mayat yang korup kok dipanggil Imam?

Mereka, orang kampung bodoh beramai-ramai memanggil pencuri itu penyelamat.

Astaghfirullah. Kita memanggil pencuri itu penyelamat!

Pendusta dipercayai

Sabda Rasulullah SAW: "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah."

"Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya: "Siapakah golongan al-Ruwaibhidah?" Maka baginda SAW menjawab: "Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar." (Riwayat Ibn Majah)

Hari ini, orang lebih percaya kepada pendusta apalagi jika dia berjaya menguasai media sosial.

Melalui media sosial, pengaruh dan kepercayaan dibina agar ramai yang mengikuti setiap apa yang ditulisnya.

Pendusta yang mempunyai wang yang banyak akan menaburkan wangnya kepada orang ramai bagi mencari pengaruh.

Apatah lagi pada hari ini, ramai orang lebih rela menyokong dan mempercayai mereka yang berduit daripada mereka yang tiada apa-apa.

4 Golongan Manusia

Imam al-Ghazali mengkategorikan manusia kepada empat kumpulan:

Kumpulan pertama, golongan yang sedar mereka tahu, kumpulan ini wajar dipuji kerana keilmuannya.

Kumpulan kedua, tidak menyedari mereka tahu hingga perlu disedarkan dengan keilmuan mereka.

Kumpulan ketiga, golongan maklum mereka tidak tahu dan mempunyai kesedaran untuk menuntut ilmu.

Bagaimanapun, kumpulan keempat tidak sedar yang mereka tidak tahu. Kelompok itu boleh dikatakan ramai pada masa kini, iaitu mereka bukan sekadar tidak tahu dengan kejahilan sendiri, tetapi berbangga dengan kejahilan.

Ramai mahu mengurus urusan umum tanpa sedar mereka tiada keahlian dalam urusan berkenaan dan inilah juga disebut Nabi SAW sebagai Ruwaibidhah.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)